Cornflakes Badam Bermadu
Badam yang bermadu lagi berfaedah daripada org sakit hati dimadu.. lol
Weekend haritu kerja aku masakkk je.. mood rajin tgh dtg. Hehe
Maka aku dgn penuh smgt terus memulakan operasi membuat kuih raya ni sejurus lps sahur! Terlebih smgt hokeyy!
Bahan-Bahan
1 Kotak besar Cornflakes
2/3 Butter
1 Cawan gula perang
5-6 sudu madu
Sesuka hati nk byk mana Badam
Seee.. napa aku rajin buat biskut cornflakes ni? sbb bhn2 dia mudahh.. :p
Cara-cara
1) Masukan butter dan gula perang ke dalam kuali, dan masak dgn api perlahan.
2) Bila butter dan gula perang da cair, masukan pula Cornflakes sambil-sambil tu.. bole la ramas sikit cornflakes tu kasi sedikit hancur.
3) Gaul sebati..
4) Masukan pula Badam. Kacau lagi sampai rata
5) Akhir sekali.. masukan madu.. Kacau untuk beberapa minit lagi sampai puas ati..
6) Bila da puas hati.. bole la tutup api dan masukan pula dlm cup kecik2
7) Bakar dlm oven. Suhu 150c dlm 10 minit gitu..
8) Siap dan bole masuk dlm balang bila da sejuk..
Satu cornflakes besar ni.. dpt dlm 1 balang besar + 1 balang kecik. Oleh kerana mak aku ckp sikit sgt.. camana dia nk bwk balik kg nnti? Adik aku akan meneruskan sikuel membuat biskut cornflakes ni kemudian nnti... hehe
0 balas tulisan