Apam Mekar
Cakk..!
haaa... lama gila aku tak update blog..
Banyak perkara-perkara penting yang dah berlaku dalam hidup aku tapi tak tercoret dalam ni.. huhu
nak buat azam baru ke eh untuk update blog sentiasa? -ok tu poyo.. haha
ok.. nak tulis panjang-panjang tu nanti dekat entry yang lain..
yang ni aku nak tulis resepi kuih yang aku buat masa potluck dekat office sempena officemate nak berhenti
dalam banyak-banyak.. resepi bawah ni yang paling sempoi yang aku jumpa..
harus la kan cari yang simple-simple baru semangat nak terai.. haha
![]() |
Mekar kann?? ;p |
APAM MEKAR
Bahan-bahan :
·
125 gm tepung gandum* (1 cwn + 1 1/2 sb)
·
1 tsp baking powder* (*ayak bersama)
·
115 gm gula halus (1/2 cwn – 1 sk)
·
1/2 sdt penuh ovallete
·
4 1/4 sdb susu cair
·
1 biji telur(A)
·
1/2 sdt esen vanilla
·
1 sdt chocolate paste (atau 1 sdb koko dibancuh dgn
air jadikan pes)
![]() |
Campur je semua kecuali choc paste |
Caranya :
·
Panaskan kukusan. Sediakan papercup beralas mangkuk
alum.
(yang ni aku letak papercup beralaskan acuan kuih lompang)
(yang ni aku letak papercup beralaskan acuan kuih lompang)
·
Pukul semua bahan kecuali choc paste hingga sebati
dan pekat.
·
Adunan dibahagi dua dan bubuh choc paste pada satu
bahagian.
·
Bubuh adunan berselang-seli dlm papercup yang
tersedia hingga habis.
-oleh kerana aku sangat rajin, yang coklat aku letak bahagian atas je. kalau nak senang, buat dalam piping beg. kalau takde, bubuh dalam plastik, peh tu gunting ujung dia... camtu la aku buat.. haha
-oleh kerana aku sangat rajin, yang coklat aku letak bahagian atas je. kalau nak senang, buat dalam piping beg. kalau takde, bubuh dalam plastik, peh tu gunting ujung dia... camtu la aku buat.. haha
·
Kukus hingga mekar selama 10-15 min dengan api kuat
Adunan atas tu aku gandakan 2.. sebab nak bawak opis kan.. harus la buat banyak-banyak.. tu pon rasanya tak banyak mana.. aku agak-agak ada la dalam 50 ketul..
Tips : lepas siap pukul adunan.. pastikan terus kukus. Macam aku.. sempat buat 2 trip je lepas pkul, lepastu Muiz dah mengamuk-ngamuk nak tidur.. lepas aku tidurkan dia aku sambung balik kukus.. hasilnya apam tu dah merajuk tak nak mekar.. haha nampak tak yg pink tu tak berapa nk mekar? stress! -______-
0 balas tulisan