Perancangan utk anak

Harini dkt fb byk yg upload gmbr anak gi sekolah.. status pn pasal anak sekolah.. aku rasa agak terkesan jgk sbnanya.. Adelia da 4thn.. perlu ke aku hntar dia ke sekolah? Tak awal sgt ke? Soalan ini la yg selalu menghantui otak geliga aku ni.. hehe

Mcm biasa.. aku dpt email perkongsian ilmu dari Puan Lina, Pengasas Islamic Parenting Network.. kebetulan pd kali ni isinya tentang Permasalahan Anak. Habis baca, aku bukak blog Pn Lina (http://darwishndarwisya.blogspot.com/).. aku baca lagi utk kali yg tah ke berapa.. pastu rasa tergamam bila terbaca ayat ni dkt blog dia "menurut kajian sains, perkembangan otak kanak2 adalah pada umur 0-5 thn!!" Adelia da 4thn.. da terlambat ke aku ni?? Ntah mcmana.. laju je aku balas email tu.. harap dia balas la email aku.. :


Assalamualaikum Puan Lina,

Allah telah menggerakan jari saya menemui dan membaca blog puan pada sebulan yg lalu.. Mcm ibu2 yg lain.. saya juga kagum dgn cara Pn Lina berfikir untuk membesarkan anak2 puan.. kenapala saya xberfikir begitu.. rasa sangat kurang ilmu keibu bapaan didada :(

Saya teringin sekali utk menghadiri seminar yg puan anjurkan.. tp malangnya tarikh tersebut bertindan pula dgn tarikh perkahwinan adik ipar saya. harap akan ada lagi seminar seperti ini di lain waktu.. mungkin tiada rezeki saya. moga Allah murah kan rezeki saya agar dapat peluang utk menghadirinya di lain waktu.

Saya mempunyai 2 org anak perempuan. seorang berusia 3thn nk masuk 4thn thn hadapan.. da seorang lagi akan masuk 2thn pd thn hadapan.. yg sulung Alhamdulillah.. sangat bijak berbicara.. dan sangat cpt belajar.. sudah pandai sebut (menyanyi sebenarnya) a-z, 1-10 dan alif -ya. cuma klu kita tunjuk huruf dan angka.. dia blom berapa tau. saya belum pon daftarkan anak sulung saya ke mana2 sekolah sbb berfikir masih terlalu awal utk dia bersekolah.. memandangkan juga dia masih menggunakan pempers pada waktu2 tertentu terutamanya bila nk buang air besar dan pada waktu mlm semasa hendak tidur. bimbang akan menyusahkan guru2 di sekolah pula. 

saya terbaca dlm blog puan ada menyatakan. menurut kajian sains, perkembangan otak kanak2 adalah pada umur 0-5 thn.. menggigil saya membacanya.. terasa bersalah pada anak sendiri.. adakah saya sudah terlalu lmbt utk merangsang perkembangan otak anak2 saya dgn tidak hantar anak ke sekolah? apa yg perlu saya lakukan? perlu kah saya mendaftarkan juga anak saya ke sekolah? atau saya saja yg mengajarnya dirumah? bagaimana pula caranya? anak saya cepat bosan bila di ajar.. dari mana perlu saya mula..? saya betul2 buntu..

harap Puan Lina dapat membantu saya.. saya tak tahu utk mula dari mana.. :(




And guess what?? dia balas!! Alhamdulillahh... rasa lega bila baca balasan email dari dia..


Assalamualaikum lily suhana,

Alhamdulillah, kini saya dapat berkongsi apa yang saya ragu-ragu selama ini. Apa yang saya ragu-ragu tu ye? Haa.. saja nak bagi suspen.. Saya sebenarnya ragu dengan kemampuan kanak-kanak umur 4 tahun (maksudnya saya ragu-ragu dengan anak saya sendiri lah tu!) . Dahulu bila saya lihat Darwisya boleh menghafal surah panjang seperti Surah Sajadah dan Surah al Mulk dalam masa kurang seminggu saya berkata dalam hati..  "Ya Allah, Alhamdulillah.. Engkau telah memberi kelebihan pada anak ini. Jika kelebihan ini adalah kelebihan yang unik, ia cuma satu dalamsejuta, jika ia kelebihan yang umum maka Kau tunjukkanlah pada anakku yang kedua." 

 Maka, ditunjukkan kedua-dua anak saya pun begitu! Pada umur awal 4 tahun (Darwisya pada umur 3 tahun lebih) , mereka boleh menghafal 3 muka surat dalam masa tidak sampai 5 hari. Dan masa mereka belajar al Quran bersama saya,  total untuk seorang, tidak sampai 1 jam sehari. 

Ceritanya bermula pada hari Sabtu lepas anak saya Darwish yang berumur 4 tahun, membacakan hafazan surah al Mulk dari awal hingga habis untuk rancangan Pesan Atuk TV9. Minggu depan ada penggambaran untuk surah hafazan lagi. Saya pening kepala memikirkan surah apa yang nak dibawa untuk persembahan minggu depan. Bila melihat kakaknya membaca surah Sajadah, timbul idea untuk menyuruh Darwish membawa surah itu nanti. Tapi agak ragu-ragu samada dia boleh atau tidak. Saya cuba-cuba untuk mengajarnya dan ingin melihat jika dia tidak mampu membawanya saya akan tukar ke surah Juz Amma yang telah dihafal. Alhamdulillah rupanya boleh. Walaupun ini pengalaman kedua melihat anak saya menghafal agak cepat, saya masih lagi rasa terkejut. Bila masa dia menghafalnya?  (Maka, kemudian timbullah filem ala-ala flashback bermain dikepala) Alhamdulillah, hanya dengan izinNya kita tidak perlulah saya bertanya lagi. Kesimpulannya, jika mahu melihat keajaiban otak kanak-kanak, ajarlah mereka menghafal al Quran! Dan jangan takut.. tidak semestinya mereka belajar al Quran mereka akan tertinggal pelajaran lain jika kita mengajarnya sama. Contohnya Darwish, mampu menyelesaikan workbook Matematik dan Bahasa Inggeris untuk umur 5-7 tahun pada umurnya 4 tahun!

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”

Riwayat at-Tirmidzi

 Alhamdulillah, kini saya dengan yakin boleh menyatakan bahawa kanak-kanak 4 tahun, sangat mudah menghafal al Quran. Mereka menghafal surah surah pilihan yang panjang dan berat dengan cepat berbanding orang dewasa. Maka, jangan sia-siakan masa umur anak lily suhana. Ajarilah mereka dengan al Quran. 

 Ikhlas dari,
Lina Karim



Aku tak pasti balasan email tu salah satu dari blog dia.. atau mmg dia yg taip.. tp itu pon dh cukup utk buat aku lega.. "Kesimpulannya, jika mahu melihat keajaiban otak kanak-kanak, ajarlah mereka menghafal al Quran! Dan jangan takut.. tidak semestinya mereka belajar al Quran mereka akan tertinggal pelajaran lain jika kita mengajarnya sama." Ok! sekurang2nya aku tau apa yg perlu aku buat lepas ni..

Kdg2, lps aku habis solat magrib, laju je Adelia amik Quran utk aku baca. Agaknya sbb dia selalu tgk aku buat mcm tu.. Lps tu aku selalu pesan kat dia :

Ibu : Adelia, nnti Ieya da besar.. Ieya ngaji tau
Adelia : Alrite!


 Astagafirullahalazimm.. Rupanya salah apa yg aku selalu pesan tu.. Kenapa la aku nk tngu dia besar baru aku nk suruh dia mengaji?? Patutnya dari dia kecik ni la aku da suruh dia mengaji.. alif ba ta aje xcukup ok! Ya Allah.. jahilnya la aku ni...

Kdg2 aku biarkan je Adelia ikut aku solat..
kdg tu kelakar jgk bila dia asik dok jeling2
tgk apa aku buat.. hihi

Buat permulaan, aku nk ajar Adelia & Amani supaya hafal Surah Fatihah. Target aku 3bln utk diorang mahir baca Fatihah. Moga Allah permudahkannya..


Ni la jadinya bila telekong bdk hnya ada sepasang..
Nasib la  Amani xtau yg dia pakai tu sbnanya kain! haha..
klu  Adelia.. mau dia nk pakai cenggitu..

Share:

0 balas tulisan