Pertukaran Nama Hartanah (Notis)

Proses Pertukaran Nama Hartanah 

Tujuan aku tulis balik cara-cara nak buat pembayaran ni sebab aku ni bukan jenis ingat. Kadang tu dah 2-3 kali buat pun masih jugak blur-blur. Banyak beno urat putus barangkali. haha

Ok berikut adalah langkah-langkahnya:

1) Pergi ke laman web e-perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang di https://ebayar.mpkj.gov.my/sso/Default.aspx. Isikan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan. Kalau belum pernah daftar, korang daftar la dulu.




2)  Pilih e-Taksiran
 

3) Muat turun Borang I (Notis Jualan atau Pindahmilik)



 4) Lengkapkan borang tersebut dan sediakan dokumen sokongan yang diminta macam yang aku highlightkan dekat atas tu. Ini untuk membantu proses penukaran hakmilik berjalan dengan cepat dan lancar.

Nota : Aku sebenarnya tak tau pun kena buat proses pertukaran hakmilik ni.. bila lawyer mintak bil cukai taksiran terkini, lepastu masuk website ni, ternampak pula notis dia cakap kalau tak pindahmilik dalam masa 3bulan kena denda. Mula lah menggelabah. haha. Pulak tu aku dah beli rumah lelong ni dah dekat setahun! habisla habisla.. duit terbang sana sini la gamaknya.. Tapi Alhamdulillah masa di MPKj tu tak kena apa-apa denda pon... hihi. Nanti aku share dalam blog ni proses aku beli rumah lelong. Sebab ni pon macam dah ingat-ingat lupa. haha

5) Bila borang dah siap isi, dokumen sokongan pun dah lengkap, bolehlah pergi ke Majlis Perbandaran Kajang untuk proses seterusnya.

6) Ok, bila dah sampai sana, naik tingkat 4 Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta. Terus pergi ke kaunter. Bagi borang, dokumen sokongan dan cas bayaran pemprosesan sebanyak RM50.


5) Masa aku pergi tak ramai pun orang dekat situ. So urusan pun cepat je siap. Lepastu dia bagi salinan cukai taksiran yang baru atas nama kita.

Siap! 

Share:

0 balas tulisan