Dah selamat mengundi.. :)

Dah seminggu kot mengundi baru nk update blog.. hihi

Keputusan berpihak pada BN.. diharapkan tok ajib akan menjalankan tanggungjwap yg telah diamanahkan dgn baik.. dan mengawal perbelanjaan negara dengan lebih bijak.. tak payah la sibuk nk tambah cincin jota2 ye..

Mcm yg dirancang, aku ngan husben keluar mengundi petang. mls nk beratur buang masa lama2 dkt situ. sbb pengalaman aku yg lps.. keluar ptg tak ramai. so.. lps setelkan hal rumah semua.. kitorang keluar rumah dlm pkul 2.30ptg. terus menuju ke SEK. KEB. Wangsa Jaya, Sek 4 W.Maju. Alhamdulillah.. perjalanan pon xde la jem mana.. sampai situ dlm pkul 3 camtu.. nasib le husben org kl.. g la mana2 ceruk kl ni. suma dia tau.. hehe.. tu yg cpt je smpi.. cari pon xsusah mana.. so bila aku smpi tu.. mmg tak ramai..

Procedure yg harus di lalui
1) Pergi ke kaunter semakan daftar pemilih..
    -yg ni aku pnya dkt kantin sekolah tersebut.. tunjuk ic dkt pegawai situ.. nnti dia akan cek dan bagi no bilik (no saluran)



2) Setiap saluran tu.. ada untuk peringkat umur yg telah ditetapkan.. cthnya saluran 1 utk warga emas.. 2 utk belia.. haa... gitu la.. aku pnya saluran 4.. agaknya saluran 4 ni.. umur muda belia baya2 aku la.. haha :p


3) Lepas tu.. beratur dkt saluran tersebut. atau bahasa mudah.. bilik darjah yg telah ditetapkan.. hihi

4) Dapatkan kertas undi anda..
Bila smpi giliran anda.. tunjuk ic dkt pegawai situ... lepastu dgn penuh semangat dia akan bacakan nama dan no ic anda dgn begitu kuat skali.. haha. bila da habis baca.. tangan anda pon akan dicalit dgn dakwat kekal.. dan beri kertas undi. 

Sekiranya pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan serentak, dan Kawasan Mengundi anda bukan berada dalam Wilayah Persekutuan, maka anda akan diberi dua kertas undi – satu untuk pilihan raya Dewan Rakyat dan satu untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri.  Dlm kes aku.. hanya satu je kertas undi.. 

Fyi.. ni adalah pilihanraya yg pertama menggunakan dakwat kekal.. tujuannya utk mengelakan pengundi mengundi lebih dari dua kali.. lepas tu dia bagi tisu.. rasanya tak semua tempt yg baik ati mcm tmpt aku.. sbb tempat husben dia xbg tisu pon.. pastu siap pesan lagi.. 'lepas ni basuh ye'.. *igt aku xtau ke?? haha*

tgk tgn kak ton.. cantikkk takkkk?? hihi
5) Tandakan pilihan anda di tempat undi yg telah disediakan..
agak lama gak la aku nk buat keputusan.. sbb kalini calon terdiri dari 2 agama yg berlainan.. berbelah bagi samada masih nk mengekalkan konsep yg aku pakai mcm PRU lepas.. atau tak.. akhirnya.. aku ikut kata hati.. ecehhh


6) Lipat kertas undi & masukan ke dlm peti undi
dah selesai memangkah.. lipat kertas undi.. dan masukan dlm peti undi.. kemudian.. bole la beredar

Dah selesai.. kitorang pegi ke Sek Keb Sri Delima utk giliran husben plak pegi mengundi.. sampi sana dkt pkul 4 kot.. lepas tu... bwk anak2 g 'steko' (tesko.. adelia sebut steko.. hehe). saja jln2 mkn ABC.. :)

PRU kali ni jgk paling byk kontroversi.. pasal pengundi bangla pon mengundi la.. pasal blackout la.. pasal dakwat yg kononya kekal tp xkekal... yg pastinya.. kerja polis akan makin bertambah nk siasat report2 polis yg diorang buat... sian polis.. huhu

p/s: sehingga ke harini masa blog ni ditulis... jari aku masih ada kesan dakwat sket2 kat tepi2 kuku.. maybe lepas kena calit aku tak terus basuh kot.. yela.. da pegi tesko kan.. agaknya klu aku balik umah terus.. pastu basuh.. maybe ilang jgk kot? wallahualam.. 









Share:

0 balas tulisan