1st Checkup di Klinik Kesihatan

Semalam 5/3/2013 1st checkup aku dkt klinik kerajaan Klinik Kesihatan Batu. Buat permulaan procedure dia agak leceh sket sbb baru nk bukak buku merah.. dan mcm biasa la.. sbb klinik kerajaan.. jd lama sket la nk kena tngu.. tp aku da biasa. Dan aku xpernah serik nk dtg checkup ke klinik kerajaan sejak dari aku mengandung kali pertama. Chekup dkt klinik kerajaan sgt2 details. Semua dia cek. dan yang paling penting PERCUMA. Aku kedekut? Dpt tak ubat percuma mcm ni dkt negara lain? Aku rasa tak. Jd kenapa bila da ada yg percuma xambil peluang utk menikmatinya.. hehe.. Pd pemerhatian aku.. ramai jgk org2 cina yg dtg ke klinik kerajaan ni.. diorang amik peluang. Ok.. masing2 ada alasan tersendiri.. Selain dari pergi ke klinik kesihatan ni.. aku jgk pergi ke klinik biasa.. so.. dua-dua pon pergi.. hehe

Procedure yang perlu dilalui..

1) Buka buku merah
Memandangkan ini adalah kandungan aku yg ke-3, aku xperlu bwk dokumen2 seperti ic, bil, dan bla2.. cuma bawa buku merah semasa kandungan lalu sahaja. So, info2 aku yang diperlukan semuanya da ada dkt buku merah yg lama.. Nurse hanya perlu salin balik ke buku baru dan ubah2 mana yg terkini mcm umur, berat, tinggi.. bla2..

2) Ambil Darah
Bila da isi apa yang patut, nurse bwk aku ke bilik lain utk ambil darah. Tujuannya utk cek HIV, HB, dan lain2.. Alhamdulillah.. semuanya pass.. hehe

3) Ambil sample Air Kencing
Lepas tu.. bwk sample darah ke makmal (Bilik 11) kemudian ambil air kencing. Tungu result pon xde la lama mana.. dlm 10 min gitu.

4) Pemeriksaan Anggota Badan
Lepas da ambil result air kencing.. pergi ke bilik 4. Kat sini opkos la kena tungu no dipanggil. Lepastu jumpa Nurse. Dia akan cek kaki - bengkak ke tak, leher - telan air liur normal ke tak, payu dara - ada ketulan ke tak, suruh luruskan tangan - yg ni aku tak sure apa reason dia.. haha.. lps tu dia tnya la pelbagai soalan yang lain2...

Alhamdulillah... kandungan aku da masuk 9minggu.. dalam 9 mingu ni.. byk jgk alahan yg mendatang.. huhu
-tak bole bau wangi la
-tak bole bau org masak
-tak lalu nk mkn nasi.. mkn nk yg grand je ok! lamb chop.. subway.. sikret resepi.. hahahahaaaadoiii
-asyik nk baring jee
-nk tido je
-mls nk bermasyarakat.. haha
-agak mls nk buat apa2..
-selalu rasa loya.. tp xmuntah pon.. ini sgt siksa.. huhu
-tekak selalu rasa pahit

Tanda2 tu.. byk yg sama mcm kandungan aku yg lepas2.. kemugkinan kah kali ni pon gegel jgk?? owh.. tp serius aku and husband xkisah apa gender.. asalkan sihat... tp klu gegel.. nama dah ada! wahhh smgt takkk... hahah


Share:

0 balas tulisan